Identiti Sebenar 4 King/Raja dalam Daun Terup
Daun terup merupakan sekeping kertas keras/kad yang dimainkan dengan pelbagai permainan. Daun terup mempunyai 13 nombor dan huruf termasuk A,2,3,4,5,6,7,8,9,10,J,Q,K dan mempunyai 4 bunga termasuk sped, daiman, kelawar dan lekuk.
Dilengkapi 52 kad setiap set/deck, daun terup merupakan permainan kad sangat popular dan memiliki standard yang tersendiri. Daun terup juga sering digunakan dalam pertunjukan silap mata, penilikan serta dalam permainan.
Identiti 4 King(Raja)
Dikala daun terup beredar seiring dengan perjalanan masa, ternyata kad-kad ini memiliki profil raja(king), ratu(queen) dan pekak(jack) yang menggambarkan mereka dalam pemerintahan satu masa dahulu.
King Spade / Raja Sped ( Daud/David )
Daud atau
David ialah nabi dan raja Bani Israil. Semenjak masih muda telah menyertai tentera Bani Israil di bawah pimpinan Thalut melawan pasukan bangsa Palestin yang dipimpin Jalut (Goliath). Malahan Nabi Daud yang membunuh Jalut, sehingga dipuji sebagai pahlawan perang. Setelah Raja Thalut meninggal, Nabi Daud menggantikannya sebagai raja. Allah SWT mengangkat Daud sebagai nabi dan rasul-Nya. Kepadanyalah diturunkan kitab Zabur. Beliau memiliki sejumlah mukjizat, seperti suara yang merdu, kecerdasan akal, mengerti bahasa burung, dan melembutkan besi.
Nabi Daud meninggal dalam usia 100 tahun dan dikebumikan di Baitul Muqaddis. Beliau digantikan puteranya Nabi Sulaiman.
King Heart / Raja Lekuk ( Charlemagne )
Charlemagne atau dikenali Charles ialah raja kaum Frank sejak dari tahun 768 sehingga kemangkatannya. Baginda memperluas kerajaan Frank menjadi Empayar Frankyang menggabungkan kebanyakan kawasan Eropah Tengah dan Barat. Semasa pemerintahannya, baginda menaklukkan Itali dan dimahkotai sebagai Maharaja oleh
Paus Leo III pada 25 Disember 800 dalam apa yang dapat dipertahankan sebagai suatu percubaan untuk menghidupkan semula Empayar Rom.
Dianggap pada hari ini sebagai pengasas kedua-dua negara Perancis serta Jerman, dan kekadang juga sebagai Bapa Eropah, Charlesmagne ialah raja pertama untuk sebuah empayar Eropah Barat sejak kejatuhan Empayar Rom.
King Diamond / Raja Daiman ( Julius Caesar )
Gaius Julius Caesar (13 Julai 100 SM - 15 Mac 44 SM) ialah seorang ahli politik,jeneral Rom dan penulis yang memainkan peranan yang penting dalam pengubahan Republik Rom menjadi Empayar Rom. Beliau telah dianggap secara meluas sebagai salah satu daripada genius tentera dalam sejarah, serta ahli politik yang bijak dan pemimpin yang kuat di dunia kuno.
King Clubs / Raja Kelawar ( Alexander The Great )
Alexander The Great atau Iskandar agung ialah raja Empayar Macedonia Greek (bahasa Greek: Βασιλεύς Μακεδόνων), sebuah negara di daerah timur laut Greece dan dianggap sebagai salah satu daripada pemerintah yang amat berjaya dalam sejarah dunia. Beliau menakluk hampir seluruh dunia yang dikenali oleh orang Yunani sebelum kematiannya.
No comments:
Post a Comment