Like & Share

Monday, 20 March 2017

Inilah 10 Haiwan Termalas di Dunia

Senarai Haiwan Paling Termalas di Dunia


Malas, adalah suatu sifat atau perasaan yang tidak asing lagi untuk setiap manusia apalagi jika berada di suasana yang selesa dan nyaman. Jika terbawa-bawa dengan sifat malas ini, pasti memberi banyak keburukan kepada manusia.

Akan tetapi, sifat ini tidak hanya ada pada manusia, ianya juga ada pada haiwan. Ingin tahu haiwan manakah yang tersenarai dalam haiwan termalas?

10. Panda


Panda merupakan sejenis mamalia yang berasal dari China Tengah dan merupakan lambang kebangsaan Republik China. Duit syiling emas Republik China juga melambangkan mamalia ini. Akan tetapi sifat dari Panda tidak menggambarkan sama sekali rakyat di Republik China.

Ini kerana kegiatan seharian Panda adalah makan dan tidur. Diperkirakan Panda akan tidur 10 jam sehari selepas makan bambu seharian, ia akan memanjat pohon untuk berehat.

9. Echidna


Juga dikenali dengan nama Spiny Anteater, merupakan sejenis mamalia yang bertelur tinggal di Australia dan New Guinea. Makanan untuk haiwan ini adalah semut dan serangga. 

Salah satu haiwan kecil terlambat di dunia dan tidak menyukai sinaran matahari antara faktor ianya tidur sehingga 12 jam per hari di siang hari.

8. Tupai


Tupai merupakan haiwan mamalia dan berdarah panas. Tupai menjaga anaknya dan merupakan haiwan yang memakan tumbuh-tumbuhan secara amnya. Agak mengejutkan tersenarai dalam haiwan termalas kerana kelebihannya mampu bergerak dengan pantas serta dapat meluncur dari pokok ke pokok lain.

Tidur sehingga 14 jam sehari, faktornya mungkin juga jenis makanan yang dimakan tupai mempunyai karbohidrat, lemak dan protein yang tinggi.

7. Lemur


Lemur merupakan sejenis mamalia dalam famili Lemuridae yang hanya terdapat di pulau Madagaskar. Tergolong sebagai Noctural, kerana begitu aktif pada waktu malam. Lemur hidup bersendirian pada waktu malam dan tidur secara berkelompok pada siang.

Selain itu, mereka juga mempunyai deria bau yang kuat dan memiliki mata bersinar pada waktu malam. Namun Lemur hanya bangun pada waktu singkat sehingga ia tidur selama 16 jam sehari.

6. Night Monkey


Juga dikenali Owl Monkey, namanya begitu sinonim dengan kehidupan pada waktu malam. Waktu tidurnya dihabiskan sehingga 17 jam dan menjadi sangat aktif pada waktu malam. Night Monkey tinggal di Panama dan sebahagian daerah Amerika Selatan.

Haiwan juga sangat kebal terhadap penyakit berbahaya terhadap manusia iaitu Malaria sehingga ia menjadi bahan uji kaji penting dalam mencari pengetahuan tentang penyakit itu.

5. Oposum


Oposum merupakan order marsupial terbesar di Hemisfera Barat, dengan 103 atau lebih spesies dalam 19 genus. Perkataan oposum berasal dari bahasa Proto-Algonquian aposoum, bermaksud "anjing putih" atau "binatang/ haiwan putih". Termasuk dalam golongan mamalia yang mempunyai kantung menjadi sangat berguna untuk penyimpanan makanan dan diet yang fleksibel.

Berasal dari Amerika Selatan, dipercaya Oposum antara haiwan yang bergerak lambat dan normalnya tidur sekitar 20 jam sehari.

4. Armadilo


Armadilo ialah sejenis binatang daripada famili Dasy­podidae yang bersisik tebal, mengorek tanah dan menggulingkan badannya seperti bola apabila diserang, biasanya terdapat di benua Amerika. Jenis makanan dari mamalia ini adalah serangga dan haiwan kecil yang tidak bertulang.

Tidur selama 19 jam sehari menjadikannya bermalas-malas seharian. Para peneliti juga mengklaimkan Armadilo terlahir dengan sifat malas.

3. Kelawar


Kelawar merupakan satu-satunya mamalia yang telah berubahsuai dan mempunyai keupayaan untuk terbang seperti burung. Walaupun terdapat mamalia lain seperti tupai terbang yang mampu bergerak melalui udara, tupai terbang hanya mampu meluncur dan bukannya benar-benar terbang.

Makanan untuk kelawar adalah buah-buah, serangga dan dan darah. Dianggarkan kelawar tidur sehingga 20 jam sehari dan bukan hanya tidur yang cukup lama, kelawar juga berhibernasi sehingga setengah tahun apabila stok makanan tidak mencukupi.

2. Sloth


Sloth merupakan enam spesies mamalia bersaiz sederhana dalam famili Megalonychidae (sloth berjari kaki dua) dan Bradypodidae (sloth berjari kaki tiga), sebahagian order Pilosa. Sloth adalah haiwan arboreal (tinggal di pokok) penghuni hutan hujan Amerika Tengah dan Amerika Selatan.

Sloth adalah haiwan yang paling terlambat di dunia dan diperkirakan cuma 3 meter seminit. Sebahagian besar hidupnya dihabiskan di pokok. Sloth juga termasuk haiwan yang tidur lama dalam 20 jam sehari

1. Koala


Koala merupakan spesies unik berasal dari Australia dan menjadi ikon untuk negara itu selain kanggaru serta ia memiliki kantung seperti kanggaru. Namun Koala bukanlah dari spesies beruang walaupun terlihat seperti beruang.

Sebahagian besar hidup seekor Koala hanya tidur dan sangat jarang untuk melihat ia bangun selain makan. Kira-kira tidurnya boleh mencapai sampai 22 jam sehari. Selain itu, Koala juga seekor haiwan yang pemilih berkaitan makanan. Ia hanya makan dari beberapa batang pokok eucalyptus dan tidur selepas kenyang.

No comments:

Post a Comment