Like & Share

Thursday, 23 March 2017

Senarai jersi bola sepak terpelik di dunia


Berikut antara jersi bola sepak yang aneh, lucu serta mengejutkan

Setiap musim baru dalam bola sepak moden, pastinya peminat akan ternanti-nanti akan perpindahan para pemain, jurulatih, serta pelancaran jersi. Namun lain pula berlaku dalam sesetengah pasukan apabila mereka melancarkan jersi yang terlihat aneh, buruk dan tidak relevan yang menyebabkan ketidakpuashatian para fans.

Berikut antara jersi-jersi unik yang pernah dilancarkan :-

1. Colorado Caribous (1978)


 

Pasukan yang berasal dari Amerika Syarikat, satu-satunya pasukan yang menampilkan kit rambu-rambu di bahagian dada. Tujuan utama adalah untuk membangkitkan perintis sempadan barat.


2. Club Deportivo Lugo (2014/15)





Kelab dari Sepanyol, mencetuskan kontroversi di kalangan peminat dan media dengan pelancaran jersi mereka pada musim 2014/15. Apa tidaknya dengan imej air bir pada kit home dan imej tentakel sotong pada kit away. Mungkin kerana kedua ini merupakan sajian popular di sana.


3. Cultural Leonesa



 

Satu lagi kelab berasal dari liga bawahan di Sepanyol, memperkenalkan jersi khas "Tuxedo" mereka sempena ulangtahun ke-90 kelab itu pada tahun 2014.


4. La Hoya Lorca





Masih lagi di Sepanyol, kali ini kelab La Hoya Lorca pada musim 2012/13. Pada jersi mereka menampilkan gambar brokoli. Ini kerana kelab ini berpangkalan di Murcia yang begitu terkenal dengan ladang pertanian.


5. 1860 Munich





Salah satu kelab di Jerman, 1860 Munich telah melancarkan jersi unik pada tahun 2010 sempena menyambut ulang tahun ke-150. Dengan menampilkan sejarah dan budaya, kit terlihat buruk dan sukar untuk melihat logo dan tulisan pada kit itu.

No comments:

Post a Comment